RASULULLAH TAULADAN YANG BAIK


 

 "Aku benci, benci dengar namanya. Aku sungguh-sungguh tidak mahu 
 mendengar 
 namanya lagi! Kalau aku terus menetap di negeri ini pasti dan pasti 
 namanya itu akan sampai ke telinga ku ini", mengeluh seorang wanita tua 
 sambil membawa beberapa karung (beg) berisi barang-barang miliknya 
 dengan niat berpindah dari negeri itu. 
  
  Wanita tua itu tetap bernekad untuk berpindah dari negeri itu 
  memandangkan dia tidak sukakan seorang manusia mulia. Di mana-mana orang bercakap 
  tentang diri si mulia itu. Itu membuatkan dia tidak selesa tinggal di 
  negeri itu. Dalam panas matahari yang membelah kepala dia sekuat kudrat 
  mengheret karung yang penuh dengan barangan miliknya. Kesan heretan 
  karung  itu jelas kelihatan pada lantai padang pasir tersebut, larat atau tidak 
  dia telah membulatkan nekadnya untuk pergi jauh dari bandar tersebut. 
 Yang dia inginkan adalah nama orang mulia itu tidak sampai ke gegendang 
  telinganya, itu sahaja hasratnya buat masa ini. Rasa benci membuak-buak 
 di dalam dada wanita tua tersebut. 
  
  Melihat keadaan wanita tua yang terumbang-ambing tersebut tergerak hati 
  seorang pemuda untuk menghulurkan bantuan. Tanya pemuda tersebut "wahai 
  makcik kemanakah arah tujuan makcik?, sekiranya makcik membenarkan saya 
  membawa karung makcik, saya boleh bawakan untuk makcik". Wanita tua itu 
  pun berkata "makcik tidak tahan mendengar nama Muhammad (s.a.w), di 
  mana-mana nama dia bermain di bibir orang, makcik benci mendengar nama 
  si Muhammad (s.a.w*). Sebab itulah makcik mahu pergi jauh dari negeri ini ". 
  "Kalau begitu biarlah saya tolong bawakan karung ini, sehingga makcik 
  sampai ke tempat tujuan" pemuda itu menawarkan bantuan kepada wanita tua 
  tadi. 
  
  Sepanjang perjalanan pemuda itu telah disajikan dengan berbagai berita 
  "kurang baik" dan cercaan demi cercaan mengenai Muhammad, tiada satu pun 
  yang baik melainkan semuanya buruk-buruk belaka. Pemuda yang membawa 
  barang itu sepanjang perjalanan hanya diam dan mendengar dengan penuh 
  tekun. Pesan wanita tua itu "wahai pemuda yang baik hati, kamu telah 
  menolongku dikala tiada siapa yang datang membantuku untuk membawa 
  barangku ini, ramai pemuda gagah telah melewatiku namun tiada siapa yang 
  membantuku melainkan kamu, untuk membalas jasamu itu aku ingin berpesan 
  kepadamu dengan pesanan yang penting, dengarlah baik-baik, jauhilah 
 dirimu dari Muhammad (s.a.w)". "Apakah makcik pernah jumpa muhammad (s.a.w) 
 sebelum ini" tanya pemuda tersebut. "Tidak, belum pernah bertemu 
 dengannya" jawab wanita tua tersebut. Pemuda itu hanya senyum dan 
 meminta izin untuk kembali ke Makkah memandangkan destinasi wanita itu telah 
 sampai. 
  
  "Wanita jenis apa aku ini? Pemuda itu telah menolongku tanpa diminta dan 
  telah bersusah payah membawa karungku ini tetapi aku tidak pun 
  mengucapkan terima kasih atau menanyakan namanya?" bisik wanita tua menyalahkan 
  dirinya. "Wahai pemuda yang baik hati siapakah namamu?" "MUHAMMAD IBNI 
  ABDULLAH (sallallahu alaihi wasallam)" jawab pemuda itu dengan lembut. 
  
  Wanita tua itu terasa langit terbelah dan jatuh ke atas kepalanya. Dia 
  tidak percaya pada apa yang telah berlaku padanya. "Apakah benar kamu 
  Muhammad!, tidak mungkin kamu Muhammad (s.a.w) kerana tiada satu berita 
  baikpun yang sampai kepadaku mengenai Muhammad (s.a.w) melainkan 
  semuanya adalah yang tidak elok mengenainya. Tetapi kamu wahai pemuda yang baik 
  hati, kamu sungguh-sungguh berakhlak mulia, dan bersifat kasih. Apa 
  kamukah yang telah ku cerca sepanjang perjalanan, bagaimana orang 
  musyrikin Makkah sampai hati sanggup mencercamu sedangkan kamulah 
  satu-satunya Al-Amin yang pernah muncul di kalangan kami?. Kalau benar 
  kamu Muhammad (s.a.w) bersaksilah kamu wahai pemuda yang mulia Ashhadu 
  alla I la ha illallah wa ash hadu anna muhammadar rasulullah. Pada masa 
  itu juga wanita tua itu mengucap kalimah syahadah beriman kepada Allah 
  dan rasulNya yang mulia Muhammad (s.a.w).. 
  
  
  "sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik" 
  "siapa (manusia) atau apapun (binatang, kayu kayan) ia maka tunjukkilah 
  akhlak dan belas kasih yang baik, sebagaimana Allah telah tunjukkan 
  rahimNya pada kamu tanpa mengira siapa kamu. 
  * orang yang kikir (bakhil, kedukut) adalah orang yang nama Muhammad di 
  sebut di hadapannya tetapi tidak berselawat ke atas diri Muhammad
  (s.a.w).